السلام عليكم

TERIMA KASIH Buat semua yang sudi menjengah blog ihsan dari kami. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai santapan minda serta insyaallah mendatangkan manfaat untuk anda semua.

MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS

PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.

MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.

OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.

Khamis, Julai 15, 2010

PENGAJIAN PBMS







PBMS juga menganjurkan kelas-kelas pengajian Al Quran dan Al Hadis untuk semua peringkat usia kepada ahli-ahli nya. Kerana ilmu merupakan satu perkara yang paling penting bagi setiap manusia terutama Ilmu Al Quran dan AL Al Hadis yang merupakan panduan umat Islam sebagaimana sabda nabi :
"Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kalian berpegang teguh kepada dua perkara tersebut nescaya tidak akan sesat , iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabi (Al Hadis).
Dan inilah sebahagian Bakti PBMS kepada ahli-ahlinya, yang sama-sama kita berharap mendapat syurga ALLAH dan terhindar dari Neraka ALLAH.

SEKITAR SAMBUTAN MALAM TAHUN BARU 2010










PBMS telah mengadakan sambutan malam tahun baru 2010 bertempat di padang Sekolah Men.Banting . Pelbagai acara telah diadakan sementara menanti detik 12 malam. Program yang melibatkan reja ini adalah bertujuan untuk memenuhi naluri anak muda yang kebiasaannya menyambut tahun baru dengan pelbagai hiburan yang tidak berfaedah dan membawa kemaksiatan , oleh itu PBMS telah mengambil pendekatan yang berbeza dengan mengadakan Sambutan Tahun Baru dengan acara-acara yang berbentuk ilmiah, motivasi dan diterapkan semangat patriotik.
Dengan program seperti ini diharap dapat membimbing remaja agar lebih menjaga diri dari batas-batas yang dilarang oleh agama. Alhamdulillah program ini telah diikuti seramai 150 orang peserta, insyaallah PBMS akan menambah baik lagi pengisiannya dimasa akan datang.

Khamis, Februari 04, 2010

ASRAMA KG ENDAH


Aktiviti PBMS dalam penganjuran program Asrama bagi golongan pelajar pada akhir Disember 2009 yang lalu. Program ini lebih menjurus kepada penekanan pembelajaran sepanjang hayat dalam menuntut ilmu Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jumaat, Ogos 21, 2009

GOTONG ROYONG SK KG. ENDAH




4 April 2009 , Banting , PBMS telah bersama-sama membantu pihak sekolah Kebangsaan Kg. Endah dalam gotong royong anjuran Sekolah, seramai 20 orang ahli menyertai gotong royong ini. kerjasama seperti ini harus terus dipanjangkan oleh PBMS dalam siri untuk berbakti kepada masyarakat.

Sabtu, Julai 04, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN QIROATUSSAB'AH














27 Jun 2009 . PBMS telah mengadakan majlis Khatam Quran Qiroatussab'ah yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri).
Majlis Telah Dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yang diwakili oleh YB Tuan Yaakob bin Sapari, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Qiroat Saba,ah, merupakan kaedah-kaedah pembacaan Al-Quran. Kaedah pembacaan ini sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hinggalah ke hari ini, Masih kekal dan masih terus diamalkan. Walaupun kaedah bacaan ini kekal dan telah pun berlaku ribuan tahun, dan masih lagi di amalkan.Tetapi amalannya tidak meluas dan tidak umum. Justeru itu seandainya Ilmu Qiroat ini tidak dipelihara, tidak di pelajari dan tidak diamalkan di khuatiri ia akan hilang dan hanya menjadi sejarah sahaja. Maka sedar akan penting dan perlunya Ilmu Qiroat ini dikekalkan. PBMS telah mengorak langkah mengambil initiatif mempelajari Ilmu Qiroat ini dan seterusnya mengajarkannya kepada ahli-ahli PBMS. Inilah salah satu pembelaan oleh PBMS untuk agama agar ilmu qiroat ini berkesinambungan ila yaumil qiamah.

Khamis, Mac 12, 2009

MAULIDURASUL 2009






KUALA LUMPUR 9 Mac – PBMS telah bersama-sama menyertai sambutan Maulidurasul peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, seramai 250 ahli PBMS terlibat dalam perarakan Maulidurasul kali ini.
Sambutan Maulidurasul Peringkat kebangsaan ini telah di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan iktibar dan pengajaran.
Seri Paduka bertitah, Rasulullah meninggalkan panduan amat berguna kepada umatnya untuk diikuti agar mampu mencipta satu tamadun yang gemilang.
Menurut Tuanku Mizan, antara asas ke arah kecemerlangan yang sering ditekankan oleh Rasulullah ialah kepentingan kesatuan di kalangan umatnya sebagai pemangkin kepada pembentukan ‘khaira ummah’ (umat terbaik).
“Untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan diambil ringan oleh semua pihak,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Dataran Merdeka .
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Sambutan itu disertai hampir 100,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selasa, Februari 17, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H


PBMS telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia(JAKIM) pada 9hb. Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H.


Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman