السلام عليكم

TERIMA KASIH Buat semua yang sudi menjengah blog ihsan dari kami. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai santapan minda serta insyaallah mendatangkan manfaat untuk anda semua.

MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS

PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.

MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.

OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.

Khamis, Mac 12, 2009

MAULIDURASUL 2009






KUALA LUMPUR 9 Mac – PBMS telah bersama-sama menyertai sambutan Maulidurasul peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, seramai 250 ahli PBMS terlibat dalam perarakan Maulidurasul kali ini.
Sambutan Maulidurasul Peringkat kebangsaan ini telah di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan iktibar dan pengajaran.
Seri Paduka bertitah, Rasulullah meninggalkan panduan amat berguna kepada umatnya untuk diikuti agar mampu mencipta satu tamadun yang gemilang.
Menurut Tuanku Mizan, antara asas ke arah kecemerlangan yang sering ditekankan oleh Rasulullah ialah kepentingan kesatuan di kalangan umatnya sebagai pemangkin kepada pembentukan ‘khaira ummah’ (umat terbaik).
“Untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan diambil ringan oleh semua pihak,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Dataran Merdeka .
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Sambutan itu disertai hampir 100,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO).