السلام عليكم

TERIMA KASIH Buat semua yang sudi menjengah blog ihsan dari kami. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai santapan minda serta insyaallah mendatangkan manfaat untuk anda semua.

MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS

PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.

MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.

OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.

Rabu, Oktober 12, 2011

Notis Pemberitahuan Bahan/Artikal

Assalamualaikum. Sudah agak lama PBMS Manshurin tidak menyediakan bahan mahupun artikal terkini tentang apa jua program yang dijalankan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. InsyaAllah kami akan kembali dengan bahan yang lebih menarik. Wassalam.