السلام عليكم

TERIMA KASIH Buat semua yang sudi menjengah blog ihsan dari kami. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai santapan minda serta insyaallah mendatangkan manfaat untuk anda semua.

MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS

PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.

MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.

OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.

Isnin, Disember 22, 2008

PEDOMAN UMMAT ISLAM IAITU QURAN DAN HADIS

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(QS. An Nisaa', 4:59)
-----------------------------------------------
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)
-----------------------------------------------
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
وَإِيّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Kamu semua harus berpegang terus teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyiddin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat-kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)