السلام عليكم

TERIMA KASIH Buat semua yang sudi menjengah blog ihsan dari kami. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai santapan minda serta insyaallah mendatangkan manfaat untuk anda semua.

MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS

PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.

MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.

OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.

Rabu, Disember 24, 2008

PBMS BERSAMA MENJADI URUSETIA KONVENSYEN ISLAM HADHARI DI UKM















LIGA BOLA SEPAK ANJURAN PBMS


ape laa tropy ni ringan sangaT !!! penat je kejar bola sehari suntuk..





Isnin, Disember 22, 2008

PEDOMAN UMMAT ISLAM IAITU QURAN DAN HADIS

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(QS. An Nisaa', 4:59)
-----------------------------------------------
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)
-----------------------------------------------
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
وَإِيّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Kamu semua harus berpegang terus teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyiddin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat-kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

PESERTA KEM IBADAH 2008



Peserta Kem Ibadah 2008 beramai-ramai bergambar untuk kenang-kenangan

KEM IBADAH 2008


Kem Ibadah 2008 anjuran PBMS bertempat di Kem At Taqwa Dengkil Selangor D.E
Ucaptama Presiden PBMS di Majlis Perasmian Kem Ibadah 2008

Sabtu, Disember 20, 2008

CERAMAH MAULIDURASUL OLEH TIMBALAN MUFTI SELANGOR


Program Maulidurasul 2007
07hb. April 2007

PBMS telah menjemput Timbalan Mufti Selangor, Ss DatoHj.Abdul Majid bin Omar untuk memberi ceramah mengenai sejarah-sejarah nabi Muhamad SAW.

KEM IBADAH


Janda Baik, Pahang
24hb. Ogos 2007

Sempena merdeka PBMS telah mengadakan Kem Ibadah untuk ahli-ahli remaja laki-laki bertempat di Semanggol Kampus PTS, Janda Baik Pahang. Seramai 98 orang peserta telah mengambil bahagian. Para peserta telah diisi dengan pengisian ilmu oleh beberapa penceramah jemputan. Objektif Kem ini adalah untuk menyuntik semangat remaja-remaja dalam mencari ilmu.

PENTINGNYA MENCARI ILMU AKHIRAT

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat."surah Al-Mujadilah ayat 11

Tidak ada batasan umur untuk belajar karena agama kita menerapkan sistem pendidikan sepanjang hayat (life long education) sehingga kewajiban mencari ilmu pun berlaku “minal-mahdi ilal-lahdi”, sejak kita masih dalam buaian sampai kita di lubang lahad.

Jumaat, Disember 19, 2008

PERSATUAN BAKTI MUSLIM SELANGOR

Assalamualaikum wbt.

Blog ini masih di dalam tempoh percubaan dan akan dapat dimuat turun dalam masa yang terdekat.

Harap maklum.