MATLAMAT / OBJEKTIF PBMS
PBMS diambil dari singkatan Persatuan Bakti Muslim Selangor.
MATLAMAT utama ditubuhkan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan kamil yang mempunyai nilai-nilai murni melalui proses pendidikanyang berterusan dan penuh iltizam.
OBJEKTIF:
1. Supaya ahli-ahli persatuan menjadi insan yang produktif dalam semua bidang berlandaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan oleh kerajaan.
2. Supaya ahli-ahli persatuan dapat menghayati budaya ilmu yang menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Supaya ahli persatuan menjiwai ukhwah islamiah kepada semua masyarakat didalam negara ini.
4. Supaya ahli persatuan boleh terdorong dan terlatih dalam kepimpinan mengikut profesion masing-masing.
5. Supaya persatuan boleh memiliki aset tetap atau sementara menerusi sumbangan individu atau organisasi dari dalam dan luar negeri mengikut undang-undang yang sah.
6. Supaya persatuan boleh menyumbang bantuan kepada mana-mana individu atau organisasi yang memerlukan bantuan mengikut budibicara ahli jawatankuasa.
PBMS akan mengadakan Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tahunan bagi tahun 2009 bertempat di Stadium Kota Raja Klang. Pada 26hb Jan 2009 (Isnin). Sebanyak 12 pasukan telah mendaftar dalam Pesta bola ini termasuk 2 pasukan dari Singapura dan 2pasukan dari Johor. Semua di jemput hadir untuk menyaksikan kehebatan pasukan-pasukan yang akan bertanding, Jangan lepaskan peluang ini.
Allah subhanahu wata’ala sangat menghargai kegiatan mencari ilmu dengan firman-Nya dalam surah Al-Mujadilah ayat 11 :
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.
Jangankan kita sebagai manusia, sedangkan haiwan buas pun (semisal anjing) ada perbedaan antara yang belum dilatih/diberi pelajaran dengan yang sudah dilatih/diberi pelajaran. Lihatlah surah Al-Maidah ayat 4 :
Katakanlah (Muhammad) : "Dihalalkan bagi kalian yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajari dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarinya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya)”.
(Kalau binatang buruan ditangkap sampai mati oleh anjing yang sudah kita latih dan ketika kita melepas anjing tersebut dengan membaca “bismillaah” maka hukum binatang buruan tersebut adalah halal karena anjing tersebut menangkapnya untuk kita, sedangkan bila ditangkap oleh anjing yang belum terlatih maka hukumnya bagi kita adalah haram karena dia menangkapnya untuk dirinya sendiri).
Tidak ada batasan umur untuk belajar kerana agama kita menerapkan sistem pendidikan sepanjang hayat (life long education) sehingga kewajiban mencari ilmu pun berlaku “minal-mahdi ilal-lahdi”, sejak kita masih dalam buaian sampai kita di lubang lahad.
Bagi seorang muslim, yang namanya ibadah itu bukan hanya solat lima waktu saja; yang namanya ibadah itu tidak mesti dilakukan di dalam masjid saja. Semua kegiatan yang baik dan bermanfaat bisa bernilai ibadah asalkan ketika mengerjakannya kita niati dalam rangka mencari redha Allah.
Kita boleh bayangkan alangkah sedikitnya ibadah kita bila hanya terbatas pada solat lima waktu, hanya kurang lebih 50 minit diantara 24 jam sehari semalam; alangkah kecilnya nilai ibadah kita kalau ibadah itu hanya boleh dilakukan di dalam masjid. Padahal kita punya komitmen sebagaimana yang biasa kita baca dalam solat kita :
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah (dalam rangka mencari redha Allah), Tuhan seluruh alam.
Dalam sejarah para nabi dikenal seorang nabi yang kaya raya namun rendah hati, beliau adalah Nabi Sulaiman ‘alaihis-salaam. Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir bahwa Rosululloh Nabi Muhammad shollallohu ‘alaihi wasallam pernah bercerita bahwa (sebelum Nabi Sulaiman kaya raya dan menjadi raja) beliau (Nabi Sulaiman) disuruh oleh Allah untuk memiilih salah satu dari tiga hal, yaitu kekayaan, kerajaan atau ilmu. Yang beliau pilih adalah ilmu. Justeru dengan berbekal ilmu itulah pada akhirnya beliau boleh menguasai dua hal yang lainnya yaitu kekayaan dan kerajaan. Ilmu apa yang beliau kuasai sehingga beliau boleh mengelola kekayaan dan kerajaan yang begitu besar? Tentu saja adalah ilmu yang sekarang kita kenal sebagai Pengurusan dan Teknologi. Ingatlah bahwa beliau mempunyai staff / pembantu tidak hanya dari kalangan manusia, tapi juga dari kalangan jin (malah dari kalangan haiwan juga). Dan pada saat iu beliau telah menguasai teknologi perlombongan tembaga. (Lihat Al-Qur’an surah Saba’ ayat 12).
Apalagi kalau kita boleh memanfaatkan ilmu kita untuk masyarakat, bererti kita mempunyai salah satu sumber pahala yang akan tetap mengalir meskipun kita sudah terbujur di alam kubur, sebagaimana Rasulullah shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda : “Bila seseorang meninggal maka putuslah amalannya keculi tiga hal, yaitu shodaqoh jariyah; anak yang soleh yang selalu mendo’akannya dan ilmu yang bermanfaat”. (Hadits Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaai dan Ahmad bin Hanbal).
PBMS dilantik sabagai wakil negeri Selangor di Muktamar MAIM 09, Sdr Zakaria mewakili PBMS dalam muktamar kali pertama MAIM kali ini
Sabahagian peserta menikmati juadah ketika muktamar beristirehat
Ahli-ahli PBMS berkesempatan bergambar kenangan dengan Mufti negeri Johor yang juga hadir di muktamarMAIM 09
Sidang soal jawab bersama panel muktamar MAIM
Penalis Forum MAIM 09 terdiri dari kiri, Ybhg.Tuan Hj.Zaid Kamaruddin (PresidenJIM), Ybhg.Datuk Hj.Nakhaie bin Hj.Ahmad (pengerusi YADIM), Ybhg. Encik Mohd Jamaluddin Shamsudin (Tim. Presiden AL-Hunafa) dan Ybhg. Tuan Hj.Yusri Mohamad (Presiden ABIM).
13/9/09 Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) .Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yng Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mirzan Zainal Abidin Ibni Al-MarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia kali ini diadakan bagi menghimpun sekali lagi pemimpin Pertubuhan Amal Islam bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa dan pemasalahan sosial yang timbul akibat perkembangan globalisasi yang begitu pantas. Pertubuhan-pertubuhan amal islam adalah institusi masyarakat yang mempunyai keupayaan dan menggerakkan masyarakat kearah kemajuan dan peningkatan kualiti masyarakat islam. Keupayaan ini seharusnya tidak disia-siakan oleh masyarakat Islam untuk kebaikan bersama, namun keupayaan ini perlu digerakkan dan peranan mereka perlu diselaraskan sehingga tercapainya perjuangan ummat Islam untuk manjadi " khairu ummah ".